Ini Blog Gua ! muhαmmαd syαfiq

Friday, 13 April 2012

Alhamdulillah ! Akhirnya tercapai

Bissmillahirahmanirahim// Alhamdulillah terajin nak update blog awal sikit. Tapi dah petang dah pun. Hahaha :)

Okay, nak tanya sikit. Sapa sini budak-budak lepasan SPM yang dah dapat tawaran mana-mana U? Sapa? Sapa? Okay, Alhamdulillah dimaklumkan di sini, saya Muhamad Syafiq Bin Mohd Rashid telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Perakaunan di UiTM. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat.^^


Sebenarnya dia ada bagi dua pilihan. Pilihan pertama Pengurusan Perniagaan dan yang kedua Perakaunan. So, masa dia call tu dia suruh pilih yang mana yang aku mau. Sudah semestinya lah aku pilih Perakaunan. Sebab aku dah belajar akaun sejak aku form 4 lagi. *Tapi tak la pandai mana pun*

Dan esok, aku kena pegi PD untuk hantar semua benda yang dia mahukan slip exam, salinan surat beranak, salinan i/c, salinan i/c ibubapa pun dia nak :) Hahaha :D Dan dia akan bagi satu borang kemasukan :) Gembiran sangat sebab apa yang di impikan selama nie hampir tercapai.Em, korang-korang mesti dapat U yang lagi bagus dari aku kan? Untung la kan :) HekHekHek.

Okay, hopefully lepas nie dapat study lagi bagus daripada sebelum nie. Moga segala yang di impikan akan tercapai. InsyaAllah ^^v

Sebelum tu amik nie muka budak yang nak sambung akaun tu. Boleh ke?


*Tu ha aku yang blur tu ^^
 
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen